syahur pertama: di rumah

28/8- ahad


tuk..tuk..tuk.. tirai pintu di buka..
ajie, ajie bangun dik, syahur..

ajie masih di katil tidak mengendahkan kejutan itu.


tiba-tiba, rasa bersalah kerana tidak menyahut panggilan itu, lalu ajie pun bangun dengan pantas dan terus menuju ke ruang dapur.

eyhh, ayahh ??

alangkah terkejutnya ajie apabila dia mendapati ayahnya yang berada di ruang dapur sedang menyiapkan makanan syahur untuk anak-anaknya yang tersayang.

lalu dalam fikirran ajie mula teringat kembali, bahawa ibunya tidak sihat: ibu demam, jadi ayah yang kene buat semua.

tanpa membuang masa, ajie pun bantu ayahnya untuk menyiapkan makanan..
: ajie, g kejut yang lain, nie tinggal sikit je nie ayah uruskan
: ok. ayah, ajie nak telor goreng kicap .
: ye. nanti ayah buatkan ..
dari satu bilik ke satu bilik yang lain ajie berjalan longlai pergi mengejutkan akak dan adiknya..

sampai di meja makan, semua dah terhidang. kami hanya duduk dan menyuapkan makanan ke mulut sahaja.
: wani nak makan sendiri ke nak ayah suapkan ?
: tak tau.
: tak pe la. ayah suapkan..

lalu dengan penuh kasih sayang seorang ayah, suapan demi suapan nasi masuk ke mulut anak bongsunya..

dalam hat kecil aku berbisik
: ini syahur pertama aku dapat makan nasi.. hee
: ini syahur pertama aku di rumah Mersing ..
: Ya Allah, aku bersyukur kerana di kurniakan ayah yang bertanggungjawab seperti ini.. adakah aku akan memiliki seorang suami dan ayah kepada anak-anak aku juga seperti ini?
* woi ajie, kau gilaa ke masuk angin, awal gilaa kau pikir benda2 karut macam nie.. HAHA


dan selepas mengupdate blog ini, si ajie menunaikan solat subuh dan terus tertidoo ....

sekian, wasalam




terima kasih ayahh .
ayahh bila mau korek kan telinga ajie ??
pendengaran saya sudah tidak jelas . HAHA

No comments: