cerita semalam

16 /8/ 2011

jam tepat pukul 3:00 pagi .

aku masih duduk menghadap laptop, apa yang aku buat aku sendiri ta pasti .
cukup aku menguap kali yang ketiga , aku pun tutup laptop. hati berkata
: terima kasih fatin, bagi pinjam laptop. tapi guna cable sangat lambat.

aku melompat ke atas katil. meneruskan perjuangan yang tergendala. sambung buat sudoku sambil bercakap .
tanpa aku sedar jam menunjukkan tepat kul 4: 25 pagi . sekali nengok talipon bimbit, battery kong sampai mati terus. aku berjalan longlai pergi mengecharge talipon itu. nasib aku malang, charger itu rosak, lalu aku biarkan talipon itu tersadai di atas meja begitu sahaja.

oleh kerana aku terlalu mengantuk. aku terus menyarung stoking dan tertido ..




tiba-tiba, badanku di gongcang kencang

ajie... ajie.. ajie...

bangun, dah kul 5:3o

dalam hati berkata, alamak baru nak tido . kne bangun pula . bangun nak buat apa nie.. tidak hiraukan gangguan itu .




tiba-tiba aku terasa panas, aku pada mulanya berbaring, mula duduk dengan pantas nya..
syahur! mulutku menyebut.
fatin hanya mampu tergelak.
ajie dah pukul 10:30, nak syahur lagi ke ?
laa, ye ke?, alamak aku ta syahur laa. ta yah puasa la hari nie.. ta pe la. aku nak tido .





ajie!!
sebelas suku dah nie.

ha ? ok2.. laju je aku bersiap, sebelas setengah aku sudah menuju ke arah perhentian bas , angsana.
sebaik sahaja aku naik bas.
akak, lambat hari nie ? baru bangun eyhh ?
aku hanya mampu bermanis muka .

sepanjang perjalanan aku tidak dapat melelapkan mata .
aku terfikirkan cerita semalam
: suami isteri bekerja sebagai pegawal keselamatan , si isteri takut bekerja pada shif malam sehingga si suami terpaksa mohon untuk sama shif dan tempat untuk menemani si isteri . pegawal keselamatan takut ? macam mana boleh jadi pengawal keselamatan macam tu ? agak pelik.



masuk wad, mood aku yang tadi yang muram, bertukar gembira apabila aku ternampak YAM . apatah lagi setelah aku dapat tau yang pada hari khamis nie, yam tukar petang. itu bermaksud yam akan sama shif dengan aku. gembira berlapis-lapis . lalu aku meneruskan tugasan aku sebagai student nurse seperti selalunya..



tepat 9:4o aku pun mintak izin dari SN untuk pulang ...



banyaknya benda yang berligar-ligar di dalam kepala ini . aku mengambil wuduk, lalu menenangkan diri ..




Namun aku..
Cuba mengukir senyuman di bibir kerna tak mungkin mampu
ketawa..
Ada cerita duka..
Jelas terpancar di wajahku saat itu kubagaikan hilang arah..



sekian , bebelan si ajie.






No comments: