Nama saya aji. Nama penuh saya aina hazira binti rosli. Saya puasa hari ini.Tapi orang yang ajak saya puasa tak puasa. Marahnya saya! Kentut berdarahlah! Saya sekarang di DK10.Saya tengah tutup mata sebab orang sebelah saya semua tengah mengunyah kepap. Saya terliur tapi saya tahan sebab saya KUAT! Sebenarnya saya buat-buat tidur sebab saya malas nak layan diorang.
Semalam saya ingat, kalo dah makan ni, memang x puasalah!
Saya selalu bangun tepat pukul 8 suku sebab saya tidur lambat. Kawan comel saya, Maryam selalu nasihat saya tidur awal tapi saya degil nak dengar sebab saya yakin dan pasti saya dapat bangun awal. Dia juga mengajak saya untuk jogging selepas subuh tapi dia tak pernah kejut saya walaupun sebenarnya dia kejut saya setiap 15 minit tapi saya tak pernah sedar sebab saya…tanak jogging? Lantakkau la!!
Saya gembira ada orang puasa dengan saya hari ini iaitu Fatimah gentel. BELIAU tersangatlah HOT! BELIAU perlu puasa ganti lagi 6 hari.Plannya, dia nak kami semua puasa bagi pihak dia. Satu hari seorang,cukup la kan? Mengikut mazhab MARYAMI, cara tersebut adalah sah di sisi undang-undang tetapi salah di sisi undang-undang yang maha ESA. Siapa imam mazhab MARYAMI?Imam walawey-cunlayam.Astaghfirullah…Nauzubillah..Sadaqallahul’azhim..
Kawan saya hayati..eh,sakinatul duduk tempat lain hari ini. Sejak semalam, dia tertinggal mood dekat tepi tangga maut. Saya tegur, macam pandang batu bergerak je. Memang berdarahlah! Cunlayam tegur pun xde signal dari beliau. Tapi cunlayam tetap berusaha menegur kerana beliau memang cun teramat! Tetapi akhirnya terpaksa berputus asa selepas mendapat ajakan untuk membonceng kenderaan kepunyaan kak imah bersama saya.Tak perlu mengharungi tangga maut di malam hari(??)..
Hari ini kami di DK10 lagi.Oklah.Belajar mengenai KANKER. Kami student MEDIC wuuut~
p/s: subjek nursing asas pun x khatam lagi. TUNGGULAH kau KITAB LEMONE!!