result

salam ,

semalam result fnal exam semester 5 dah pun keluar . pehhh , aku punya cuak jangan cakap laa. mula-mula dah nak tido ingat nak nengok esok pagi nya. tapi ta jadi . dengar budak bilik sebelah jerit-jerit dapat dean list .  BANGUN !! ta boleh jadi nie.. kene nengok jugak . ok, aziz, jom kita nengok result sama-sama .


alhamdulilah . di luar jangkaan . ku sangkakan naik sikit, tapi rezeki Allah , naik banyak . lalu aku bersujud syukur .

aku terharu bila dapat berikan berita gembira kepada keluarga . heeee, selalu angah je yang bagi berita gembira kat keluarga, bangga kan ibu ayah sampai depa senyum ke telinga.. kali ni aku pula . PUAS . heeee

dan, ayat ibu sama ja macam masa aku dapat keputusan SPM dulu ..

' dah hujung-hujung baru nak sedar diri , cube dari awal sedar diri tiap-tiap sem ibu senyum lebar bukan senyum sikit. tu la berangan bercinta ja tau '

: aku hanya mampu ketawa...

tahniah kepada kawan-kawan yang lain juga. aziz, thanks sebab teman lagi untuk sat-sat genting kali ni !