1 Muharam

awal tahun :
; segala puji bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melalukan larangan -Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memrintahkan supaya aku bertaubat. Sesuhgguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, Ya Allah ya karim, ya Zal Jalal Iwal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. 

akhir tahun :
; Segala puji bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekel abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya, dan penolongnya dan aku memohon pelindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku daripada perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawar dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. 

Ibnu Abbas berkata : sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu .


salam 1 Muharam .
xoxo , double A

No comments: