Pages

Powered By Blogger

31.12.12

MONDAY 

Esok tahun baru ? serius ke ni .. hmm .. Apa ada dengan tahun baru . Seperti biasa . Ana tak perlu nak ada azam dan impian baru . Sebab memang selama ini ada ta pernah ada azam dan impian baru pun setiap kali tahun baru . Itu bukan satu kewajipan pun. itu hanya satu matlamat/ target . Jadi impian dan azam itu boleh datang bila-bila masa. Dan once ana ada azam insyallah ana akan pastikan yang azam itu suatu yang ana sendiri mampu lakukannya, bukan hanya azam kosong sahaja.

Sambil melayan lagu MEOR- yang terlintas di fikiran yang baru di beli di KL center semalam,  Ana melihat sekeliling bilik ana yang kelihatan tidak teratur ... ' kenapelah bilik aku bersepah semacam ni, siapalah nak kemaskan kalau bukan diri sendiri' sebab itu lah ana lebih selesa duduk bilik sorang. Ana buat sepah ana kemas. Tadalah ana serabutkan orang lain. Mungkin sudah menjadi kebiasaan, duduk bilik sorang. hmm. Lupa kan pasal bilik .

Ana menjengahkan kepala keluar tingkap bilik.. dari tingkat setinggi ini ,ana boleh lihat banyak benda..Di jalan kenderaan tidak pernah putus, tak kira waktu. Jalan raya tidak pernah sunyi. Air sungai tak berhenti mengalir .. Lampu tak pernah padam.

Diam-diam ini minggu ke 6 ana berpratikal di sini . Di hospital selayang. Banyak yang ana sudah pelajari . Dari tak tahu menjadi mahir . Ana berdoa agar ana terus menjadi pelajar yang cemerlang. Ana bakal bergelar graduasi  tidak lama lagi, ana hanya harap dapat buat parents ana tersenyum kegembiraan, seperti mana mereka tersenyum suatu ketika dulu ..

Tiba-tiba,
berdentum dentum bunyi bunga api di lepaskan.. mungkin bunga api tahun baru ...ana mahu berangan sambil melihat bunga api ...

Selamat tahun baru dunia...

No comments: