Pages

Powered By Blogger

aktiviti sabtu

sabtu ,

cuti di gunakan sebaik nya . aku tido sepanjang hari . dah bangun pun paksa diri untuk tido lagi . sehingga lah aku di kejut untuk bangun makan . turun makan, aku beli surat khabar . aku baca setiap perkataan yang ada dalam surat khabar sampai petang. aku main facebook . sekarang aku lapar ...... aku lapar sangat .. azan isyak sudah berkumandang . aku nak pergi solat .

semoga apa yang aku rancang hari ini untuk esok akan berjalan lancar . amin

sekian .

Pengaruh wanita dalam kehidupan lelaki

http://drmaza.com/home/?p=1350

Rezeki

salam jumaat .

aku student nurse semester 5 yang masih belum dapat penuh kan buku cross aku even dengan cross yang remeh temeh . hari ni rezeki aku, banyak procedure yang aku dapat buat untuk memenuhi cross yang kosong-kosong itu .. alhamdulilah ..

balik pratikal, aku di belanja oleh makcik yang jual air kt depan hospital tu .. dy bgi aku 3 bungkus kuih-muih yang di jual nya. kata nya ' makcik nak tutup kedai da ni , ambik lah nie.. makan sama-sama ' . terima kasih makcik, semoga Allah murah kan lagi rezeki buat makcik . aku pun mengagihkan kuih. 1 untuk encik pemandu bus * fauzi kot nama dy . satu untuk budak-budak yang duduk depan lagi satu untuk budak2 yang duduk belakang . Alhamdulilah, rezeki yang sikit itu dapat di kongsi bersama.

sekian (:

Apa tujuan hidup ?

hari ni aku terlepas bus untuk pergi pratikal walhal aku masih sempat untuk kejar bus tu .. aku pilih untuk terus tidor .
aku berfikir, alasan apakah yang harus aku bgi sebab tak datang pratikal ? hmmm .. pening ..malas nak pikir dah ..

hari-hari aku buat benda yang sama, biar hari ni aku berehat ...

biar aku memunasabahkan diri aku hari ni ..

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4455--apa-tujuan-hidup-kita.html

salam aidilfitri .1433H



salam aidilfitri buat semua .

selamat hari raya maaf zahir batin . jemputlah datang rumah ..kepada pemberi duit raya sekalian . terima kasih le bebanyak . syukur, rezeki masih tertulis untuk si ajie nie.. hee. tau depan bagi lagi ye ..kepada sedara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan, cikgu-cikgu yang minta maaf sebab ta sempat nak berkunjung ke rumah kalian semuanya. al maklum lah, cuti singkat. heee. insyallah . kalau ada masa nanti jumpa di lain kali ..

kata-kata

Orang akan menilai kita melalui pakaian kita, dan pakaian kita ini menzahirkan siapa kita. Saya mahu dikenali sebagai seorang wanita muslim. (Wardina,2011)


si ajie betul-betul tertarik dengan kata-kata wanita bernama Wardina ini ...lalu terdetik di hati , hai bila laa nak macam ni .. heeee

Perjalanan Ramadhan

Salam Ramadan ... pejam celik sekejap je bulan puasa dah sampai ke 10 Ramadan yang terakhir ..macam mana dengan puasa kita ? macam mana dengan amal ibadah kita, macam mana dengan Al-Quran kita ? sudah khatam ka ? .... 

ramadan kali ini , si ajie berpeluang untuk berpuasa di merata tempat . sesutau yang tidak pernah terlitas pun bahawa angan-angan selama ini itu akan tercapai .. selama ini si ajie pernah berangan-angan untuk berpuasa di merata-rata tempat dengan tujuan merasa berbuka dan  tarawih di merata tempat. Alhamdulilah , kali ini si ajie di beri kesempatan unutk itu ..



bermula di 

Ulu Kinta, Perak ..ini sebab pratikal kt sana HBUK
Ipoh, Perak.. di rumah pakcik sedara -busu. alang-alang kt perak 
Alor Setar, Kedah. rumah makcik-saja melawat makcik di sana ..
Sungai Petani, Kedah. melawat abang si ajie yang bekerja di sana ..
Puncak Alam, Selangor. ni memang laa. sebab beljar sini ..
Bandaraya Bersejarah, Melaka..sebab melawat akak yg sedang belajar di sana..
Mersing, Johor .. yeah , balik puasa kt rumah. kegembiraan yang sangat . syukur ..
Batu Pahat, Johor.. balik kampung berjalan .. dapat rasa berpuasa di sini ..

sekarang, 
alhamdulilah .. teruskan berpuasa
 di Puncak Alam sambil berulang alik dari Kuala Kubu Bharu  ..

penutup 
mungkin di kampung, Muar Johor ..Insyallah ..