Pages

Powered By Blogger

prince..

spoil ! aku si peminat laksa . dengan muka comel mamai-mamai aku p turun cafe semata mata nak makan laksa . time beli tu aku dah dapat bau yang laksa tu masin . hidung si pencinta laksa memang hebat. namun apa kan daya. nafsu . aku pun beli jugak. bawak balik. sekali makan. pergghhh . kuah tu macam di per buat dari ikan masin siot punya tukang masak . aku rasa nak p kt tukang masak tu cakap sila makan laksa ni sampai habis, hirup sekali . aku belanja. memang ta boleh terima dek tekak langsung laksa nya. of, fine . lepas ni aku ta nak beli laksa kt kedai tu lagi . tpi macam mana, cuma kedai tu ja yang ada jual laksa . arghh . ta kira. lepas ni aku nk tukar selera ke mee kari pula. dah kecik ati dengan laksa.

sedih ! cita-cita aku nak ikut p melawat tapak program kt muar hancur berkecai . apabila nama aku ta naik untuk p sekali .. penat aku apply nk p . ceh ! sedih yang teramat . aku dah nekad memang weeknd ni nk balik muar. aku dah berbulan bulan ta jumpa darah daging aku , keturunan aku .. haihh . hancur semua nya . sebab kan bajet ta cukup la aku nk ikut melalui ni. kalau ta da la aku nk gedik-gedik p ikut pun . lagi pun aku  AJK yang ta penting pun .. arghh .. hmm. nampak nya aku kene korek segala duit syiling aku untuk beli tiket balik kampung jugak . stresss ..

tengah korek korek duit syiling , hp aku berbunyi . tah siapa pula yang call ni . dah la aku tengah feeling sedih ni . nasib laa orang tu kne marah dengan aku ... 

ouhh, tidak . dia ialah prince ! NO .. ta boleh marah , cepat buat suara comel .. haha 

ok, sekarang hati  aku dah berbunga-bunga ..

boleh la sambung cari duit syiling . heee. eyhh . bukan esok ada test ke ? ya laa . aku harus belajar ni .. assalamualaikum ....

Sabarlah

assalamuilaikum ..
jumaat penghulu segala hari ..

semalam

aku ada post sesuatu kt fb , post itu berbentuk pertanyaan . malang nya tiada siapa pun yang membalas post itu . of course la aku heran sangat , sedang kan masa aku post tu rasa nya ada ja orang  ' seen ' mungkin meraka tidak tahu mengenai hal itu. so meraka pun buat dek dengan pertanyaan aku . atau mereka sebenarnya ada masalah untuk menjawab pertanyaan aku ? ...

hmm. think positive .

dan semalam aku terserempak dengan beberapa orang sahabat ku yang kelihatan nya dengan penuh dengan masalah . kesian aku nengok mereka ni .. konon nya kami plan nak pergi menenangkan fikiran . namun hasrat itu terbatal. mungkin duduk di bilik dan munasabah diri meminta bantuan dari Yang Maha Pemurah itu adalah jalan yang lebih baik ..

hari ini .

belas ehsan seorang yang bernama sahabat , dia menceritakan hal mengenai pertanyaan aku semalam . * yang aku post kat fb tu .. no wonder laa tada siapa pun yang jawap pertanyaan aku semalam .

wahai sahabatku , sesungguhnya kami telah memilih kau sebagai ketua kami . maka laksanakanlah tugas itu. kami sebagai 'follower' macam mana sekali pun kami tetap akan mematuhi arahan seorang ketua, dan bersabar lah dengan setiap ujian yang dituruni ke atas diri kamu .. insyallah semua nya akan berjalan dengan lancar.


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

http://akhmohd777.wordpress.com/2010/10/12/saudara-sesungguhnya-allah-itu-dekat/

* cerita ini berkaitan ..

tahniah

assalamualaikum ...


congratulation to my cousin kak ain nadia binti zabidi .. heee ..dah abis pun ijazah dia.. Konvo pada 21/09/2012 ari tu yang di adakan di Dewan Tuanku Syed Putra  ..graduation USM

* semua ni aku dapat dari fb mak dik .sebab aku bukan p pun. sekadar nengok dari fb pun dah tumpang bangga

taniah kak nadia ..

jangan salah paham . yang montel kt belakang tu bukan boypren dia pun ! sebab tu pun cousin kak nadia. tu abang aku lah ! hahaha . jangan heran kalau nampak abang aku, sebab dia memang kerja kat urata dah la ni. tu la yamg boleh p konvo kt USM sana nuu..


lepas ni siapa punya konvo pula ??

semua senior-senior uitm aku sibuk dok post tarikh konvo dorang .
JELES tau tak ! ceh . btw, taniah kat semua yang berjaya ..

hmm. nak check la mana la tau aku pun di jemput hadir ke konvo u'olls tuu . haha * muka mengharap ni ..

tiba-tiba dapat SMS : ui, angah konvo bulan sebelas ni . boleh la angah upah ajie jdi angah punya photographer ..
--' .... kan . aku dah cakap mesti ada invitation istimewa punya untuk aku .. haha.. *perasan gila ..

angah pun nak konvo dah ? hmm. ni lagi la harus JELES ni.. taniahhh !

jangan gado , tahun depan den punya giliran pula .. Insyallah .. Amin ..!

Jumaat

Hari terakhir aku pratikal sebelum aku berfinal . minggu depan study week . lepas tu final. insyallah, hari ni aku akan buat segala procedure yang membolehkan aku untuk dapat cross . amin ...

Dakwah

menjadi pendakwah itu berat tugas nya, besar cabarannya. namum , besar pahala nya apabila kita menyeru orang lain ke arah kebaikan .

jangan lah pernah berputus asa untuk terus berdakwah walau sebesar mana pun dugaan yang kita hadapi cabaran dalam berdakwah ..

"Sesungguhnya bersama-sama kesukaran itu ada kesenangan." (an-Nasyrah: 5-6)






aktiviti sabtu

sabtu ,

cuti di gunakan sebaik nya . aku tido sepanjang hari . dah bangun pun paksa diri untuk tido lagi . sehingga lah aku di kejut untuk bangun makan . turun makan, aku beli surat khabar . aku baca setiap perkataan yang ada dalam surat khabar sampai petang. aku main facebook . sekarang aku lapar ...... aku lapar sangat .. azan isyak sudah berkumandang . aku nak pergi solat .

semoga apa yang aku rancang hari ini untuk esok akan berjalan lancar . amin

sekian .

Pengaruh wanita dalam kehidupan lelaki

http://drmaza.com/home/?p=1350

Rezeki

salam jumaat .

aku student nurse semester 5 yang masih belum dapat penuh kan buku cross aku even dengan cross yang remeh temeh . hari ni rezeki aku, banyak procedure yang aku dapat buat untuk memenuhi cross yang kosong-kosong itu .. alhamdulilah ..

balik pratikal, aku di belanja oleh makcik yang jual air kt depan hospital tu .. dy bgi aku 3 bungkus kuih-muih yang di jual nya. kata nya ' makcik nak tutup kedai da ni , ambik lah nie.. makan sama-sama ' . terima kasih makcik, semoga Allah murah kan lagi rezeki buat makcik . aku pun mengagihkan kuih. 1 untuk encik pemandu bus * fauzi kot nama dy . satu untuk budak-budak yang duduk depan lagi satu untuk budak2 yang duduk belakang . Alhamdulilah, rezeki yang sikit itu dapat di kongsi bersama.

sekian (:

Apa tujuan hidup ?

hari ni aku terlepas bus untuk pergi pratikal walhal aku masih sempat untuk kejar bus tu .. aku pilih untuk terus tidor .
aku berfikir, alasan apakah yang harus aku bgi sebab tak datang pratikal ? hmmm .. pening ..malas nak pikir dah ..

hari-hari aku buat benda yang sama, biar hari ni aku berehat ...

biar aku memunasabahkan diri aku hari ni ..

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4455--apa-tujuan-hidup-kita.html